AKADEMIK 


Dr. Sidek Baba 

Prof. Datuk Dr. Zainal Kling 









DR. SIDEK BABA

Bertugas sebagai Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya sejak 1994.

Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1968 hingga 1984. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki dari 1985-1992 dan sebagai Timbalan Dekan dan Dekan UIA pada 1992 sebelum dilantik sebagai Timbalan Rektor HEP dan Disiplin pada 1994.

Aktif dalam kegiatan sosial. Sepanjang tahun 1965 hingga 1990, pernah bergiat aktif dalam Gerakan Belia 4B, GPMS dan MAYC, Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA), Kesatuan Guru Melaka, ABIM Melaka, ABIM Malaysia, ABIM Amerika Syarikat dan Persatuan Mahasiswa Islam Northern Illinois University.

Berpengalaman luas dalam memberikan ceramah dan membentang kertas kerja di dalam dan di luar negara. 






PROFESOR DATUK DR. ZAINAL KLING

Berpendidikan B.A. Hons dan M.A. Hons dari Universiti Malaya dan Ph.D. dari Universiti of Hull, England.

Pernah berkhidmat sebagai tutor, pembantu pensyarah dan profesor madya di Universiti Malaya (UM) selain sebagai pensyarah sambilan dan koordinator kursus di Institut Pengajian Tinggi UM, sebelum dilantik sebagai profesor. Pensyarah sambilan dalam bidang Social Antropology di Hospital Universiti, bidang Sociology di State Universiti of New York (SUNY)-ITM Joint Education Program dan Kursus Pemandu Pelancong di TDC serta pensyarah di Kolej Polis Kuala Kubu Bharu. Turut menjadi ahli jawatankuasa penyemak Silibus Pemandu Pelancong, Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.

Pernah memegang jawatan sebagai Pengetua Kolej Keempat UM, dan Ketua Jabatan Antropology dan Sosiology UM, sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM hingga sekarang.

Banyak melibatkan diri dalam program-program seperti seminar, bengkel dan sebagainya sebagai penceramah undangan. 







TEMPAH