PENDAFTARAN PENCERAMAH

  1. Individu yang berminat untuk menyertai Biro Penceramah sebagai penceramah berdaftar perlu menghantar CV, GAMBAR BERUKURAN PASPORT serta lain-lain maklumat tambahan. Nyatakan juga BIDANG KEPAKARAN, KADAR NILAI KHIDMAT YANG DIMINTA/BIASA DITERIMA MENGIKUT JAM, kepada urusetia Biro Penceramah sama ada melalui emel, faksimili atau pos. Proses pendaftaran akan mengambil masa 4 hari bekerja.

  2. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan.

  3. Setiap penceramah berdaftar dikehendaki memberikan 15% daripada kadar bayaran yang diterima daripada penganjur/pelanggan dalam setiap program kepada Biro Penceramah, sebagai bayaran perkhidmatan.

  4. Penceramah yang berdaftar tidak boleh berhubung terus dengan penganjur/penempah dan sebaliknya.

  5. Penceramah yang berdaftar perlu sentiasa bersedia meluangkan masa untuk berurusan dengan urusetia dan membuat keputusan (penerimaan/penolakan) dengan segera.

  6. Penceramah yang berdaftar dikehendaki memberitahu urusetia jadual aktiviti mereka setiap minggu untuk tujuan kemaskini data, bagi memudahkan maklum balas antara urusetia dengan penganjur dalam urusan tempahan.

  7. Urusetia Biro Penceramah boleh membantu penceramah mengkoordinasi penginapan dan pengangkutan dengan penganjur, jika perlu.

  8. Biro Penceramah tidak akan bertanggungjawab terhadap pembatalan tempahan dan apa-apa kesulitan yang berpunca daripada pihak penganjur/penempah.





BIRO PENCERAMAH
Yayasan Futuristik Malaysia
d/a Wisma UMMI
14, Jalan 4/24D, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel.: 03-4136420/4136421
Faks.: 03-4136351

EMEL