EKONOMI


Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi 






DATUK DR. SYED OTHMAN ALHABSHI

Berkelayakan B.Ec. (Hons) dalam Statistik dari Universiti Malaya, M.S. (Statistics) dari Universiti Wisconsin, USA dan Ph.D. dalam Ekonometrik dari Universiti Birmingham, UK.

Pengalaman berkhidmat sebagai ahli akademik lebih daripada 20 tahun di empat buah universiti iaitu sebagai Dekan, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Utara Malaysia, selain turut dilantik sebagai Profesor Madya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Ekonomi UIA.

Menganggotai Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Lembaga Penasihat dan Ahli Jawatankuasa Kerja beberapa institusi dan persatuan ekonomi Islam Malaysia dan antarabangsa, antaranya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), sebagai Timbalan Yang DiPertua dan Yang DiPertua), Persatuan Ekonomi Islam Antarabangsa, London dan Institut Bank dan Ekonomi Islam Antarabangsa, Cyprus.

Pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sebelum berkhidmat sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) hingga kini.

Terlibat secara meluas dalam program-program, seminar, konvensyen dan seumpamanya, sebagai pembentang kertas kerja, ahli panel dan pengerusi sesi.

Banyak menghasilkan penulisan akademik tentang ekonomi Islam dan isu-isu semasa, termasuk dalam bentuk buku dan artikel, antaranya, Islam and Tolerance, Islamic Civilization: Present and Future Challenges dan Qualitiy and Productivity: Creating A Difference In Modern Industry and Corporations. 






TEMPAH