PENGENALAN

Senario semasa memperlihatkan keperluan kepada pengembangan tahap intelektualisma individu mahupun kumpulan, dalam usaha mempertingkatkan motivasi, kecekapan, produktiviti, kreativiti dan keimanan bagi mempersiapkan diri mengharungi cabaran global dan mengeksploitasi perubahan persekitaran.

Program-program seperti kursus, seminar, bengkel dan seumpamanya semakin mendapat tempat dalam pasaran semasa seiring dengan tuntutan fitrah manusia, duniawi dan ukhrawi.

Yayasan Futuristik Malaysia (YFM) mengambil inisiatif mewujudkan Biro Penceramah sebagai langkah untuk menyatukan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu "di bawah satu bumbung" bagi memudahkan proses komunikasi dan interaksi antara penganjur dengan pakar. Biro Penceramah akan bertindak sebagai penghubungcara antara kedua-dua pihak.