KAUNSELING/MOTIVASI


Encik Jaafar Abdul Rahim 

Encik Khalid Adnan 

Datin Dr. Hajjah Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim 

Encik Mohd. Yusoff Haji Ahmad 






JAAFAR ABDUL RAHIM

Berkelulusan Sarjan Muda Sastera (Sastera dan Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia. Kini berkhidmat sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Bahagian Teori dan Kritikan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bergiat aktif dalam bidang penulisan dan pernah mendapat Anugerah Penghargaan Penulis Esei Perak Darul Ridzuan pada 1995. Hasil tulisannya banyak disiarkan di majalah-majalah seperti Qiblat, Al-Islam dan majalah serta jurnal terbitan DBP selain di akhbar-akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan lain-lain.

Menjadi kolumnis beberapa majalah terbitan DBP dan Utusan Malaysia (ruangan Dunia Pemikiran Bersama Jaafar Rahim).

Turut terlibat dan penerbitan buku antaranya Misteri Alam Sains dan Catatan di Malin Kundang.

Sering mendapat undangan dalam slot-slot terbitan RTM membicarakan tentang buku dan motivasi pemikiran.

Aktif dalam kegiatan sosial dan persatuan antaranya Ahli Lembaga Pengarah Kehormat Institut Tradisi Ilmu, Penasihat Badan Perhubungan Mahasiswa Selangor UIA dan pensyarah undangan Akademi Penulis, Persatuan Penulis Nasional (PENA).

Mempunyai kepakaran dalam motivasi, pembinaan diri dan pemikiran. Telah diiktiraf sebagai pakar dalam Pemikiran Kreatif, Pemikiran Mencapah (divergent thinking), Pemikiran Lateral, Pemikiran Visual, Pemikiran Rekacipta, Pemikiran Transformasi, Pemikiran Bisociatif (bisociative thinking), Pemikiran Kritis, Pemikiran Vertical, Pemikiran Keseluruhan Otak (whole brain thinking), Pemikiran Lompatan Kuantum (quantum leap thinking), Pemikiran Pengurusan Kreatif dan Pemikiran Sivergent (syvergent thinking).

Dengan kepakaran dan pengalaman yang luas, beliau kerap diundang sebagai penceramah, pembentang kertas kerja di seminar dan pengendali bengkel berkenaan pemikiran kreatif di peringkat tempatan dan antarabangsa. 








KHALID ADNAN

Bekelulusan Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia) di UPM. Kini berkhidmat di Institut Tradisi Ilmu, sebagai Pengurus Program.

Berpengalaman luas dalam bidang Kaunseling dan Bimbingan, antaranya mengurus dan mengendali Khidmat Kaunseling Personal, Kekeluargaan dan Perkahwinan di Yayasan UMMI Malaysia.

Mahir mengendali dan mentadbir ujian-ujian psikologi, personaliti dan kerjaya.

Pernah menjadi tetamu undangan program Hati Ke Hati (TV3) dan Selamat Pagi Malaysia (RTM).

Berpengalaman sebagai penceramah dan pemudahcara program-program motivasi, kepimpinan, bimbingan belajar, ujian personaliti dan ujian minat kerjaya pelajar di beberapa institusi kerajaan, badan berkanun dan swasta di semenanjung Malaysia termasuk sekolah, universiti dan yayasan.

Pernah menyelia pelbagai kursus Bina Negara, Biro Tatanegara, mengendali latihan dan perundingan dalam bidang kaunseling, komunikasi, peningkatan kualiti kerja, keberkesanan pasukan dan pengurusan organisasi di pelbagai organisasi, syarikat swasta, jabatan kerajaan dan persatuan termasuk Kementerian Kesihatan, JAIS, Majlis Daerah Muar Selatan dan Pergerakan Puteri Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut terlibat dan pengurusan dan pengendalian kongres, konvensyen, persidangan dan seminar anjuran Yayasan UMMI Malaysia, MANGKIN, UMNO Bahagian Kuala Langat dan Belia 4B Kebangsaan.

Aktif dalam kegiatan sosial dan kebajikan, antaranya sebagai Timbalan Setiausaha Majlis Warga Korporat Prihatin Malaysia (MAWARKOP) dan Majlis Pengembangan Kreativiti dan Inovasi Selangor (MANGKIN), sukarelawan Pertubuhan Pendidikan Anak-anak Yatim Selangor (PPAYS) dan Ahli Jawatankuasa Majlis Aspirasi Pemangkin Naskonal (MAPAN).

Menghasilkan beberapa modul latihan antaranya Modul Kecemerlangan Pelajar, Modul Kemahiran Asas Kaunseling dan Modul Latihan Mentor. 








DATIN DR. HAJJAH MIZAN ADILIAH AHMAD IBRAHIM

Memiliki B.A (Hons) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya (UM), M.A (Caunselling and Personnel Services) dan Certificate in SPADA (Speciality Programme in Alcohol and Drug Abuse) dari Western Michigan University, serta Ph.D dari Universiti of Wales, Cardiff.

Kini berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan kaunseling, antaranya sebagai guru, pensyarah dan ketua jabatan di maktab perguruan, pensyarah undangan di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan koordinator kursus selain terlibat sebagai penasihat program, ahli jawatankuasa program bimbingan dan kaunseling serta pengetua kolej kediaman.

Pengkhususan kepakaran adalah dalam bimbingan dan kaunseling termasuk Kaunseling Berkumpulan, Teknik Kaunseling, Kaunseling Kerjaya serta Kaunseling Motivasi dan Kepimpinan.

Turut terlibat dalam beberapa kajian tentang bimbingan dan kaunseling melibatkan golongan pelajar, remaja, ibu bapa, keluarga dan pekerja dalam kepimpinan dan pengurusan.

Pernah menghasilkan beberapa buku berkenaan bimbingan dan kaunseling antaranya, Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kaunseling Individu: Apa dan Bagaimana, Kaunseling Rakan Sebaya, Motivasi di Kalangan Remaja dan Kepimpinan dan Remaja, selain beberapa penulisan dalam jurnal dan majalah.

Kerap diundang sebagai penceramah, pembentang kertas kerja, pengendali bengkel dan forum dalam seminar, kongres, bengkel dan persidangan anjuran pelbagai jabatan, pertubuhan dan organisasi seluruh Malaysia.

Turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial, antaranya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan BAKTI, Pengerusi Malaysian Islamic Women's Movement, Ahli Lembaga Pengarah Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Ahli Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor dan Ahli Jawatankuasa, Ahli Pengasas serta Ahli Seumur Hidup Persatuan Kaunselor Malaysia. 








MOHD. YUSOFF HJ. AHMAD 








TEMPAH