KEMASYARAKATAN


Prof. Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid 

Encik Mohd. Yusoff Haji Ahmad 

Dr. Sidek Baba 

Prof. Dr. Sulaiman M. Yassin 

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi 

Prof. Madya Dr. Turiman Suandi 

Prof. Datuk Dr. Zainal Kling 








PROFESOR DATO' DR. MAHMOOD ZUHDI HAJI AB. MAJID

Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya UM, Lembah Pantai. Pernah berkhidmat dengan Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Kelantan sebelum menjawat jawatan pensyarah di UM.

Banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan, berbentuk buku selain artikel yang diterbitkan dalam jurnal dan majalah.

Berpengalaman luas dalam memberikan ceramah dan pembentangan kertas kerja di seminar-seminar, konvensyen dan sebagainya. 








MOHD. YUSOFF HJ. AHMAD 








DR. SIDEK BABA

Bertugas sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Petaling Jaya sejak 1994.

Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1968 hingga 1984. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Institut Aminuddin Baki dari 1985-1992 dan sebagai Timbalan Dekan dan Dekan UIA pada 1992 sebelum dilantik sebagai Timbalan Rektor HEP dan Disiplin pada 1994.

Aktif dalam kegiatan sosial. Sepanjang tahun 1965 hingga 1990, pernah bergiat aktif dalam Gerakan Belia 4B, GPMS dan MAYC, Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA), Kesatuan Guru Melaka, ABIM Melaka, ABIM Malaysia, ABIM Amerika Syarikat dan Persatuan Mahasiswa Islam Northern Illinois University.

Berpengalaman luas dalam memberikan ceramah dan membentang kertas kerja di dalam dan di luar negara. 








PROFESOR DR. SULAIMAN M. YASSIN

Berpendidikan B.Ag.Sc (Hons) UM, M.P.S dan Phd.D Cornell. Kini berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas Universiti Putra Malaysia (UPM), Terengganu. Pernah berkhidmat dengan FELDA, Kolej Pertanian Malaya dan Universiti Malaysia Sabah.

Bergiat aktif dalam kegiatan sosial antaranya dengan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, PIBG, Yayasan Selangor dan Yayasan UMMI Malaysia.

Telah membentangkan lebih 150 kertas kerja seminar di dalam dan luar negara.
Pernah terlibat menganjur 100 kursus motivasi/pembangunan pegawai kerajaan/swasta.
Pernah menjadi pengajar Kursus Bina Negara BTN, selain sebagai Master Trainer dalam Program Training Trainers BTN.
Terlibat dalam pembentukan modul-modul latihan KEMAS, ASEAN dan Skim Latihan Khas dan pembentukan Moudl Latihan Pemimpin Belia Islam Sedunia.
Memberi khidmat perunding di beberapa negara dunia. 








DATUK DR. SYED OTHMAN ALHABSHI

Berkelayakan B.Ec. (Hons) dalam Statistik dari Universiti Malaya, M.S. (Statistics) dari Universiti Wisconsin, USA dan Ph.D. dalam Ekonometrik dari Universiti Birmingham, UK.

Pengalaman berkhidmat sebagai ahli akademik lebih daripada 20 tahun di empat buah universiti iaitu sebagai Dekan, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Utara Malaysia, selain turut dilantik sebagai Profesor Madya oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Profesor Ekonomi UIA.

Menganggotai Lembaga Pemegang Amanah, Ahli Lembaga Penasihat dan Ahli Jawatankuasa Kerja beberapa institusi dan persatuan ekonomi Islam Malaysia dan antarabangsa, antaranya Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), sebagai Timbalan Yang DiPertua dan Yang DiPertua), Persatuan Ekonomi Islam Antarabangsa, London dan Institut Bank dan Ekonomi Islam Antarabangsa, Cyprus.

Pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sebelum berkhidmat sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) hingga kini.

Terlibat secara meluas dalam program-program, seminar, konvensyen dan seumpamanya, sebagai pembentang kertas kerja, ahli panel dan pengerusi sesi.

Banyak menghasilkan penulisan akademik tentang ekonomi Islam dan isu-isu semasa, termasuk dalam bentuk buku dan artikel, antaranya, Islam and Tolerance, Islamic Civilization: Present and Future Challenges dan Qualitiy and Productivity: Creating A Difference In Modern Industry and Corporations. 








PROFESOR MADYA DR. TURIMAN SUANDI

Pensyarah di Unit Pengajian Pembangunan Belia, Jabatan Pendidikan Pengembangan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bidang pengkhususan tertumpu pada pembangunan belia, pembangunan kemasyarakatan dan kerja-kerja sukarela.

Berpengalaman dalam pelbagai bidang kepakaran antaranya sebagai fasilitator, jurulatih, penyelidik dan pemerhati kepada badan kerajaan, swasta, NGO, institusi pendidikan, kumpulan dan individu.

Telah menghasilkan beberapa buku, menulis di jurnal-jurnal, majalah, buletin selain daripada menyediakan laporan-laporan kajian, prosiding dan kertas-kerja. Biasa memberi ceramah dan membentang kertas kerja dalam program-program seperti seminar, bengkel, simposium dan sebagainya di dalam dan luar negara.

Pernah terlibat sebagai ahli jawatankuasa penggubalan Polisi Pembangunan Belia, ahli Majlis Perundingan Belia Kebangsaan, ahli panel penilai Anugerah Belia Negara, selain menjadi tetamu undangan program terbitan TV3 antaranya Cermin Diri, Face to Face dan Dari Hati ke Hati.  








PROFESOR DATUK DR. ZAINAL KLING

Berpendidikan B.A. Hons dan M.A. Hons dari Universiti Malaya dan Ph.D. dari Universiti of Hull, England.

Pernah berkhidmat sebagai tutor, pembantu pensyarah dan profesor madya di Universiti Malaya (UM) selain sebagai pensyarah sambilan dan koordinator kursus di Institut Pengajian Tinggi UM, sebelum dilantik sebagai profesor. Pensyarah sambilan dalam bidang Social Antropology di Hospital Universiti, bidang Sociology di State Universiti of New York (SUNY)-ITM Joint Education Program dan Kursus Pemandu Pelancong di TDC serta pensyarah di Kolej Polis Kuala Kubu Bharu. Turut menjadi ahli jawatankuasa penyemak Silibus Pemandu Pelancong, Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.

Pernah memegang jawatan sebagai Pengetua Kolej Keempat UM, dan Ketua Jabatan Antropology dan Sosiology UM, sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM hingga sekarang.

Banyak melibatkan diri dalam program-program seperti seminar, bengkel dan sebagainya sebagai penceramah undangan. 








TEMPAH