KHIDMAT PENCERAMAH

  1. Bakal penempah berpeluang memilih sendiri penceramah berdasarkan kriteria yang diperlukan masing-masing mengikut kesesuaian dengan program yang dianjurkan, dengan melayari sama ada DIREKTORI PAKAR atau DIREKTORI BIDANG.

  2. Setelah pemilihan dibuat, penempah boleh menghubungi urusetia Biro Penceramah menerusi emel, nyatakan:
    - Nama penceramah yang dipilih sepertimana yang dipaparkan.
    - Maklumat lengkap program yang dianjurkan
    (termasuk tarikh, masa dan tempat).
    - Khidmat yang diharapkan daripada penceramah
    (pembentangan kertas kerja, bengkel dsb).
    - Tajuk dan sinopsis pembentangan.


  3. Urusetia akan bertindak sebagai penghubungcara antara penempah dengan penceramah. Proses penerimaan dan penolakan tempahan ini akan mengambil masa 3 (tiga) hari bekerja.

  4. Sebarang penerimaan dan penolakan tempahan adalah bergantung pada kesediaan dan persetujuan daripada penceramah.

  5. Penceramah yang berdaftar tidak boleh berhubung terus dengan penganjur/penempah dan sebaliknya.

  6. Bakal penempah boleh mendapatkan khidmat Biro penceramah untuk mengenalpasti penceramah yang sesuai dengan program yang dianjurkan dan membuat pilihan berdasarkan ciri-ciri tertentu mengikut kehendak penganjur.

  7. Penempah (mengikut budibicara sendiri) bertanggungjawab menyediakan segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh penceramah (contoh: penginapan dan pengangkutan).

  8. Biro Penceramah berhak menggantikan penceramah yang ditempah dengan penceramah lain yang setaraf dan difikirkan sesuai, jika penceramah asal terpaksa membatalkan persetujuan pada saat-saat akhir.

  9. Segala perlakuan, mesej dan bahan pembentangan yang dikemukakan oleh penceramah berkenaan adalah di luar daripada kawalan Biro Penceramah. Biro Penceramah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kesulitan dan masalah yang berpunca daripada penceramah.





BIRO PENCERAMAH
Yayasan Futuristik Malaysia
d/a Wisma UMMI
14, Jalan 4/24D, Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel.: 03-4136420/4136421
Faks.: 03-4136351

EMEL